Wednesday, December 30, 2009

good bye 2009 welcome 2010!!

salam.

Mase aku tulis post ni kire2 ada 24 jam lg nk abeskan tahun 2009. Kemunculan tahun 2010 diharapkan dapat memberi satu impak yang besar dalam hidup aku ni. Aku pun dh dapat keja baru dan akan mula bekerja pada 4/01/2010 ni. Diharapkan tempat kerja yang baru dapatlh memberi aku peluang meningkatkan skill surveyor aku dan hidup aku jgk..Aku akan kembali hidup di Kuantan, satu tempat yang penuh memori semasa umor aku 18-19 tahun, kini dah dekat 7 tahun aku tglkan Kuantan. Bermula tahun 2010 ni aku akan kembali ke Kuantan untuk bekerja ditempat baru..Nantikan post pertama aku kat Kuantan pada malam 4/01/2010 ni..... To all wish you happy new year 2010 and this year make your happiest year...

i'm come back!!

asalamualaikum...

rsenya dh lme btul aku tglkn aktiviti berblog ni. Almaklumlah busy memanjang, sejak post aku yg terakhir hr tu keja kat site makin banyak. Memang x menang tangan aku dibuatnya untuk wat sume keja surveyor yg ade kt site tu.. Surveyor yg ada kt site tu cuma aku sorang jer.. Sume org bergantung kt aku, wong besi, supervisor along kerek, manager chuan, engineer clumsy choo sume cr aku kalau nk point ker level ker sampai nk wat yard utk casting T-Beam cr aku.. Bulan November jgk menyaksikan kerja2 marine piling dijalankan, berdebar jgk dibuatnya sbb aku x ade experience nk setting-out piling kt dalam air ni ditambah plak dengan rake pile. Alhamdullilah ada gak org yg nk sudi ajar aku wat setting-out piling marine ni.. Thanks a lot kepada Sukardi yg sememangnya otai dlm ba2 piling kt air ni, die jgk dh bg program utk calculation point2 piling tu.. Abg Afzarizan jgk byk membantu aku dalam wat keja2 ni, kitaorg same2 cr solution mcm ner nk set kn point2 piling tu...Yg x best mse piling marine, kitaorg start lps raye haji so mse raye haji aku kne prepare tempat, data, dsb.. kesian kan?? lps semayang raye kena g site...huhuuhhuhu ok lh aku upload gambar2 mse marine pile ni utk tontonan ramai..



Wednesday, September 23, 2009

Ape2 aje

Hai Assalamualaikum, dah lama aku x update blog ni.busy btul skrg nk online pun x ada masa. Sebelum tu aku nk ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak beberapa hari lagi . Sebenarnya aku x ada benda nak tulis kt entry kali ini, so aku ingat aku nk upload jer gambar2 yang sempat aku snap gune hp aku ni. Enjoy ya!!


 



 



 


 


 


 




 


 


 


 




 



 


 

Tuesday, June 9, 2009

Short time in Kuantan (part 2)

Assalamualaikum semua, sorry lambat btul aku nak sambung cter masa kat kuantan maklumlah busy semacam jer skrg ni..


 

Selepas kitaorg balik ke rumah big show lebih kurang kul 3.30 pagi, aku pun trus tido (penat seh melayan bigshow round2 kuantan dah lah gerak dari JB pagi2). Kitaorg bgn tdo dlm kul 9 pagi, aku trus g mandi dan bersiap-siap dgn od's sebab ingat nak pergi beli wedding present utk nik dulu sebelum g rumah dia ttp bila kitaorg dh siap bigshow plak tido lg..terpaksa lah aku dgn bantuan mak dia membangunkan dirinya dari tido yang lena heheheh sorry bigshow kacau ko mimpi best2..

Setelah sekian lama menunggu big show bersiap, lebih kurang kul 11 pagi kitaorg keluar dari rumah nya menuju ke shopping complex yang mase aku blajar kat kuantan dulu x ade lg iaitu "East Coast Mall" utk membeli ape2 yang patut utk pasangan yang baru nk hidup bersama.. Pagi tu bandar Kuantan hujan, mcm sedih jer sbb aku nk tinggalkan Kuantan yang banyak kenangan manis dan kureng manis semasa aku belajar di POLISAS Kuantan dulu..Mase nk beli hadiah satu hal plak,, banyak pilihan yang kena watt p sume tu bergantung kepada budget masing2 hehehe.. Lps pilih kitaorg tgu plak org wrap hadiah tu, x kan nak bagi bogel jer kt nik tu, kalau hadiah kereta boleh lh bg mcm tu jer..kereta x mampu lg lh nk bg ko nik..kalau kereta Ferrari shell boleh lh..kui3……

Lebih kurang kul 1 kitaorg pun bertolak g umah nik, lame btul beli hadiah.. Sejam perjalanan baru lh sampai ke rumah nik setelah sesat beberape lorong di Felda Chini Timur 1 tu.. Samapi umah die trus jer jumpe nik yang tgh makan berdamai..hehehe lps tu kitaorg makan lh… Mase tgh makan, jepon call plk, dia tnye rumah nik nak masuk mane..terpakse lah tunggu jepon dulu sblm kitaorg blk JB.. Jepon sampai trus makan, lps tu kitaorng pun g jumpe nik yg sibuk bergambar macam artis tu.. kitaorg ckp dgn nik kitaorg nk blk dah, ucap tahniah kat die . Tu jer lh coretan aku kat kuantan.. Gambar2 x ade kat aku, nnt bila aku dah dapat aku upload kan. Aku lupe plak nk bwk camera..

Monday, June 8, 2009

Short time in Kuantan (part1)

Assalamualaikum, banyak btul kenduri kawen hujung mgu lps. Aku banyak jgk terima undangan perkahwinan, pening jgk pikir nk pergi yg mane tp aku ade satu undangan yang teristimewa dari bestfriends aku.. Tanpa memikirkan undangan yang banyak tu aku trus plan nk g umah nik. Aku bersama-sama od's plan nk g kuantan untuk menghadirkan diri di rumah nik. Tp ada satu problem plak pasangan hot kelas aku (Azyad@Bidin- Azmah) pun bersanding pada hari ahad. So kami berdua decide g umah azmah pada hari sabtu sblm bertolak g kuantan.. Best seh dapat jumpe bakal pegantin beberapa jam sblm majlis angkat nikah.. Lama jgk kami berborak dengan azmah pasal azyad@bidin, pasal kerjaya masing2 dan jodoh masing2 kui3…..


 

Aku dengan od's bertolak dr rumah azmah ke kuantan lebih kurang kul 3.30 ptg trus g kuantan, terasa jauh jgk perjalanan g kuantan yang kami telah tinggalkan 5 tahun lps, kuantan pun banyak dah berubah, makin banyak kereta berbanding 5 tahun lps, shopping complex pun dah bertambah dan yang paling penting awek2 kt kuantan dah dressing mcm awek kt KL.hehehhe. Kat kuantan kitaorg roger2 bigshow yang menjadi penghuni setia bandar kuantan bersama-sama parents dia..Mlm tu dia bwk round2 satu kuantan sampai kul 3 pagi. Kitaorg g karaoke, g esplanade, g TC yang mengimbau kenangan mase belajar dulu..hehehe sampai kul 3 lebih br blk umah

Cter kami kat kuantan akan disambung pada part akan datang, skrg ni aku kena wat keja nnt bos Nampak plak aku berblog ni kui3 nnt kena potong gaji plak …Hahahahahaha Sorry bos!!

Thursday, June 4, 2009

Best firends aku dah nak kawen..


mlm ni best friends aku dgn rasminye akan menamatkan zaman bujang die..lps2 nii susah lh nk join program org bujang mcm aku ni.kui3 aku akan datang rumah die pd hr ahad ni bersama rakan2 ku yg masih bujang. Nik lps ni jgn kuat tipu lg, awk tu dah jd suami kepada atie..jage atie elok2 taw..hehehehehhe.

Yuna..huhuhu

Pagi tadi semasa aku hendak pergi ke opis IRDA, aku terdengar satu lagu yang sedap pada telinga aku lah.
This awesome song by Yuna has always been my favourite. Now it can be yours too because you
can now download MP3 Dan Sebenarnya from Yuna. Click here to dowload it.


Untuk lirik lagu Dan Sebenarnya dari Yuna @ Yunalis, sila baca post ini sepenuhnya..


LIRIK LAGU DAN SEBENARNYA DARI YUNA

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Transformasi yang diharapkan

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi aku kekuatan dan keyakinan utk menghadapi dunia yg mencabar selama 3 tahun yang lps... Aku kini telah bergelar graduan GIS setelah bersusah payah selama 3 tahun di UTM.. Banyak kenangan pahit dan manis yang aku perolehi sepanjang bergelar mahasiswa di UTM. Semoga ia menjadi pengalaman yang berguna sepanjang hidup aku. Kepada rakan2 seperjuangan aku yang lain selamat menjalani kehidupan yang baru..

Thoughts from Man's heart

Thoughts from Man's heart


Thought 1

When we are born, our mothers get the compliments and the flowers.
When we are married, our brides get the presents and the publicity.
When we die, our widows get the life insurance.
What do women want to be liberated from?


Thought 2

The average man's life consists of:
Twenty years of having his mother ask him where he is going,
Forty years of having his wife ask the same question;
and at the end, the mourners wondering too where he is going.


Thought 3

Everyone in the wedding ceremony was watching the radiant bride as her father escorted her down the aisle to give away to the groom. They reached the altar and the waiting groom; the bride kissed her father and placed something in his hand. Everyone in the room was wondering what was given to the father by the bride.

The father could feel the suspense in the air and all eyes were on him to divulge the secret and say something. So he announced :

'Ladies and Gentlemen. Today is the luckiest day of my life ...' Then he raised his hands with what his daughter gave him and continued, 'My daughter finally, finally returned my Credit Card to me.'

The whole audience including the priest started laughing . . . . . But not the poor Groom ! ! !

Iskandar Malaysia

Organization baru aku...heheheh


Wednesday, June 3, 2009

Thursday, April 16, 2009

Kemeriahan semakin memuncak

Salam semua, aku nak bercerita sedikit tentang kemeriahan Projek Sarjana Muda aku ni. Makin dekat time nk buat presentation makin rancak aku sibuk nk menyiapkannya. Begitu jugak rakan-rakan aku yang lain. Kepada rakan-rakan ku yang lain aku ucapkan selamat utk persentation hr jumaat ni..

Monday, March 9, 2009

Surat utk awk..


 

Adapt from crewz bontot..

Saya sukakan awak
Tp, itu tidak bermakna saya sukakan perbuatan awak..

Saya suka berkawan dengan awak
Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak berdua-duaan dengan lelaki itu

Saya memang sayangkan awak
Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak membonceng motosikal lelaki itu

Saya memang tidak suka marah awak
Tapi itu tidak bermakna saya tidak kisah awak membiarkan pipi awak dicubit lelaki itu

Saya memang jenis tak kisah (kisah sebenarnya!!)
Tapi,itu tidak bermakna saya tak tahu apa awak buat dengan lelaki itu (saya banyak link k..jadi berhati-hatilah kerana saya telah banyak mengupah SB mengintip awak)

Saya memang orang yang tak pandai tegur
Tapi, itu tidak bermakna saya suka awak berpegangan tangan dengan lelaki itu

Saya pernah dengar cinta itu indah dan harus dibuktikan (amboi3!!)
Tapi, itu tidak bermakna saya setuju dengan kenyataan itu

Saya tahu perbuatan mencium orang yang disayangi ádalah bukti kasih kita
TAPI, ITU TIDAK BERMAKNA AWAK WAJIB CIUM PIPI LELAKI ITU! (arghhh..tamparan hebat buat saya!!)

Saya bukanlah orang yang baik, saya tahu itu
Tapi, apabila melihat awak, saya rasa kucing lagi baik daripada awak
Eloklah kiranya saya berkawan dengan kucing sahaja
'meow..meow..meh makan meh'…hu3

Saya tahu, kadang-kadang saya tiada masa menemani awak berhibur,
Tapi,itu tidak bermakna saya suka apabila awak keluar membeli belah bersama lelaki itu

(walaupun awak kata awak keluar dengan teman perempuan, tetapi deria keenam saya dapat tahu awak kuar dengan lelaki itu….! Ooohhhh…tidak..)

Saya memang pendengar yang setia
Tapi, itu tidak bermakna saya suka mendengar cerita awak mengenai lelaki itu

Saya tahu saya perlu katakan 'I love u' pada ayah mak, adik beradik, sahabat n isteri (ops,silap, saya x kawen lg)
Tapi, saya tak tahu pula mengucapkan 3 perkataan cinta itu perlu diucapkan kepada lelaki itu……(mudahnya awak melafazkan sayang)

Saya…….
Tapi, itu tidak bermakna saya…….

saya………….
Hu…..
Saya harap awak faham

Kalau awak sukakan Sangat lelaki itu, ajaklah dia kawen, tak perlu buang masa dan tenaga membuat perkara maksiat..bukan saja menambah dosa awak, tetapi dosa orang lain juga…kalau awak malu, SAYA DENGAN BERBESAR HATI MENJADI ORANG TENGAH..korang juz prepare duet jek…!

Saya harap awak faham
Cinta yang sebenarnya bukanlah dari lelaki itu..kerana cinta yang mulia, datang dari Pencipta Cinta…cukuplah berlakon di dunia yang hina ini….cinta itu fitrah, jangan disalahkan perasaan itu, tetapi cinta perlukan hidayah. Kalau tiada Hidayah, maka ia akan menjadi FITNAH…cukuplah orang mengutuk dan berkata macam-macam terhadap awak..
Saya harap awak faham

Lelaki yang baik, tidak akan mengambil kesempatan terhadap perempuan yang dia sayangi..yakinkah dia ádalah suamimu…?yakinkah tubuh awak itu, untuk lelaki itu?
Adakah dia lelaki yang baik? Adakah dia mampu menjadi IMAM awak?bagaimana dengan surah hafazan lelaki itu? Kalau setakat 3 Qul..mmm…mimpi dalam mimpi….

Berbanding dengan lelaki itu, saya lebih-lebih lagi sayangkan awak…
Saya harap awak faham

Awak adalah wanita, yang punya maruah yang tinggi..janganlah menunjukkan aksi-aksi yang 'saya tak tahu nak cakap apa' kerana walau tinggi mana pun ilmu awak, kalau awak buat perkara-perkara yang ' saya tak tahu nak gelar sebagai apa', awak tetap dicop sebagai orang yang bodoh..menyerahkan harta awak sebelum awak halal berbuat demikian

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Astagfirullah
Astagfirullah
Astagfirullah

Ya Ghaffar, ampunilah dosa-dosa kami…kami lalai, kami alpa dengan dunia, maka Kau ampunilah kami, kerana Engkau Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Mengasihani….
.
Awak…kita masih ada masa untuk bertaubat..janganlah hanya jadi 'orang yang tahu buat'..janganlah awak buat saya sedih lagi…kerana, awak adalah orang yang sangat saya sayang..saya pernah dengar, tak baek menyakiti orang yang sayangkan kita..tapi, awak nampaknya lebih menjaga hati lelaki itu daripada saya..tak apa, nanti saya berunding dengan lelaki itu, jika diizinkanNya…tetapi, saya harap, awak dan dia tiada apa-apa lagi sebelum saya bertemu dengan lelaki itu…

Dari,
hambaNya yang sayangkan 'awak'
InsyaAllah..kita bertemu lagi di lain hari, jika diizinkan bernafas dan diizinkan bertemu dengan 'awak'….saya nak nanges nie….tu maksudnya saya sayangkan awak..tapi ALLAH lagi-lagi-laggiiiii sayangkan awak..percayalah…walaupun lelaki itu tiada di sisi, ingatlah Allah ada menemani…awak..sayangkan saya x…?eh..silap..awak sayangkan dan cintakan Allah x..?tepuk dada Tanya IMAN..jangan ditanya pada selera.kerana selera itu berpaksikan nafsu semata yang datangnya dr syaitan toek itu…

Maafkan saya jika bahasa saya ini seperti kejam…tetapi, awak nampknya bersikap kejam terhadap diri sendiri..jadi, mungkin apabila saya bersikap kejam, akan mengahsilkan sesuatu yang neutral..cas negatif bertemu dengan cas negatif akhirnya kan menjadi positif..betul kan?kan?kan? maaf, saya orang sains bukannya sastera..x pandai bermadah…xpandai berbicara romantis…wuah..apa yang saya cakapkan ini…wallahualam..
_________________

Hot FM Big Jam 2009

1st March hari tu aku sempatlah menjengukkan diri aku Danga Bay utk konsert Hot FM Big Jam 2009 tu.. Saje je nk hilangkan tension wat psm yang bakal mencuakkan aku n rakan2 dlm 2 bln ni. Aku g sana dengan sebahagian bdk2 kelas aku antaranya fana,kukumalu,makja,mimie dan ayu. Maybe kawan2 laen busy dengan komitmen laen, tp kat sana aku ade jumpe 2 org minah kelas aku yang senyap2 jer g sna tanpa segan silu x mengajak aku.. Ini boleh menimbulkan rase bengang, hehehhee.. Minah2 tu adalah adik chik aku (maisarah) dan baby cute sepanjang zaman kelas aku (Syaz)..Malas plak nk tulis panjang2 so tgk je lh gambar yg aku muatnaik a.k.a upload...


Hot FM Big Jam 2009