Sunday, March 16, 2008

Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang

Pada kebiasaanya apabila saya menulis tentang situasi semasa saya menulis didalam Baahasa Inggeris tetapi akibat dari beberapa situasi semasa di PP baru baru ini, saya merasakan adalah perlu bagi saya menulis di dalam Bahasa Melayu bagi memastikan penulisan saya ini dapat di baca oleh semua peringkat rakyat di seluruh Negara terutama di PP.

Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung.

Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun. Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun.

Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.

Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.

Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya. Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.

Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya.

Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang ?Siapakah pencetus isu perkauman di PP secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP? Jika tuan tuan menonoton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya janagn bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu diPP. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan “direct nego” sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu? Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan “perintah darurat” di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan.

Wahai bangsa ku di Pulau Pinang , saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah. “Pikiak jauh sikit”. Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia ini. Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kita ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki , India ,hindustani, eropah dll. Kita sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat. Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah, longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kina kena faham. Kalau kerajaan BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa. Selama ini rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting bagi memastikan orang melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecial orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan .Kalau BN benar benar bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12.

Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini . Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP?

Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO - “aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku”. Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu.

Saya ambil contoh Dato Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun, apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini. Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana gagal mengikuti spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak? Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai?

Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di 1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP – rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa – duit rakyat dimana duit ini digunakan untuk memperkayakan orang orang tertentu. Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih murah. Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak di gunakan untuk memperkayakan orang tertentu.

Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di gunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya. Hari ini dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka, jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari Orchard Road sampai ke Changi…jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 cent.

Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada. Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang. Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak pupus dan di gantikan dengan longkangs. Pergi tanya rakyat Singapura adakah mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala kepala UMNO yang duduk diatas . Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991. Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah inaya tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya pinta janganlah cepat melatah.

Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB. Bagi lah depa peluang untuk buka langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut. Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh mengakkan kerajaan dan rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan.

Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang melayu di PP tanpa mengira latar belakang politik kita. Kita harus pentingkan negara dari pentingkan UMNO. Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat untuk kita. Hari ini ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjankan untuk rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Fikirkan apa yang saya kata. Kita orang melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk pandai sikit. Jangan cepat melatah.

Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman

MD MMed ( OM ) MBA (IT) Dip Ae Med CTM AME (17)

Saturday, March 15, 2008

Cerita teladan

Cerita Pertama :Gadis melampau menerima padah

Menurut majalah Manar Islam, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?” Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.

Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. “Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Pabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Cerita Kedua :Manusia , Malaikat , Syaitan …

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ….
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan - Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha
Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…
pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa…
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda
hanya sekali….rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu …
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu… Syaitan - Hey anak Adam,
ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat
(jangan mimpilah!) untukmu…

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2

Wassalam….

Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir Manar Islam

Tuesday, March 11, 2008

Mengapa Dacing(BN)"Be end"


Salam....


8 Mac menyaksikan tersungkurnya dacing di 4 kubu kuat nya
dan gagal merampas kelantan dari PAS
Dacing berada di mana-mana. Dacing
mendominasi ruang dan tempat. Tengok
kiri dacing, tengok kanan dacing.
Tengok depan dacing. Dacing
berimbang atas kayu ini sudah
ketinggalan zaman - orang sekarang
pakai dacing elektronik atau dacing
ada muka. Tetapi kenapa dacing
'kuno' ini membiak subur akhir-akhir
ini?


Subuh-subuh buta, keluar saja dari
rumah untuk ke masjid, sudah nampak
dacing. Malah dalam rumah pun,
ceritanya tidak lain daripada
dacing, dacing dan dacing. Radio
cakap pasal kebaikan dacing. TV pun
cakap pasal dacing. Malah apabila
membuka saja komputer, lambang
dacing tertera di skrinnya.


Bermotosikal untuk ke tempat kerja,
sepanjang laluan nampak ribuan
dacing. Di tepi sekolah, di tembok
masjid ada dacing. Batang pokok pun
tak selamat daripada ditampal
dacing.


Sebut saja dacing, tidak salah untuk
kuncu-kuncu pejuang dacing ini
pasang lambang di bangunan awam,
malah billboard (iklan besar di tepi
jalan raya) juga terpampang gambar
pemimpin dacing.


Beli akhbar dan baca berita, hampir
semuanya pasal dacing. Ada iklan
dacing. Pendeknya, di mana-mana saja
ada dacing. Cerita akhbar, TV dan
sebagainya berkisar kepada dua
perkara saja. Satu dacing baik.
Kedua, yang selain dacing, semuanya
jahat-jahat belaka.


Kerana terlalu banyak dacing dan
dikelilingi dacing, penulis cuba
memahaminya dari sudut sosio-budaya
orang Melayu. Dalam hidup
bermasyarakat, atau norma manusia
bertamadun, seseorang itu tidak
boleh menilai dirinya sendiri. Dalam
masyarakat Melayu, kerana ketelitian
bangsa ini, ada satu peribahasa
menyebut 'masuk bakul angkat
sendiri'.


Sekarang BN masuk dacing, selepas
itu angkat sendiri. Sebab itu
apabila harga barangan keperluan
atau harga minyak naik, orang yang
masuk bakul ini (dacing) akan
berkata 'kenaikan ini tidak
membebankan'.


Mana ada beban, dia sendiri sudah
masuk dalam bakul. Yang menanggung
beban adalah orang di luar bakul
(luar dacing). Orang dalam dacing,
semuanya kata tidak membebankan.
Betullah tu, sebab dia berfikir
dalam timbangan dacing. Macam ikan
busuk atau ayam pencen sudah masuk
dacing, takkan boleh menjerit, aku
beratlah!


Memang hebat fikiran orang Melayu
dulu. Mereka mencipta simpulan
bahasa, peribahasa yang
cantik-cantik itu sebagai iktibar
untuk orang kemudian. Orang Melayu
dacing tidak faham kecantikan dan
keindahan bahasa Melayu. Sebab itu
mereka menginggeriskan Sains dan
Matematik.


Berbalik kita kepada peribahasa
'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah
norma dalam masyarakat, seseorang
yang jahat tidak akan berkata dia
jahat. Seorang pencuri tidak akan
berkata dia pencuri.


Seorang penyamun tidak akan mengaku
dirinya penyamun. Sebaliknya apabila
berlaku sesuatu kecurian dalam
sesebuah kampung, si pencuri yang
terperangkap akan menjerit, mengejar
orang lain dengan mengatakan orang
lain sebagai pencuri.


Apa yang berlaku sepanjang zaman,
seorang penyamun akan pura-pura buat
baik bagi menutup 'kepenyamumannya'.
Orang puasa dia puasa. Orang raya
dia pun raya. Orang bayar zakat
fitrah, dia pun bayar zakat fitrah.
Orang naik haji, dia pun naik haji.
Itulah penyamun tarbus namanya.
Banyak filem sudah dibuat mengenai
hal ini. Jadi apa nak dihairankan
jika penyamun tarbus dacing mengaku
dia terbaik di dunia ini.


Dalam masyarakat Melayu, adalah
pelik seseorang itu mengaku dia
baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang
Melayu yang baik tidak mendabik dada
dia baik. Sebab baik itu adalah
penilaian orang.


Apabila seseorang itu mengaku dia
baik atau mengiklankan bahawa dia
baik, tentulah ada yang tidak kena
dengan dirinya. Apabila orang
mendakwa dia baik, hampir pasti dia
tidak baik atau ada 'wayarnya putus'
(short-cicuit).


Orang Melayu halus dalam budi
bicaranya. Ada yang gemar bercakap
'cara kebalikan' (reverse). Apabila
seseorang anak terjatuh kerana
memanjat pokok, bapanya akan
berkata, "panjat, panjat, panjat
lagi", tetapi hakikatnya si bapa
tadi tidak mahu si anak memanjat
pokok lagi. Demikian betapa hebatnya
orang Melayu berbahasa!


Tetapi apa yang dacing sudah buat?
Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau
digunakan pendekatan 'reverse' tadi,
hakikatnya dacing itu tidaklah
hebat. Kalau dacing kata PENDIDIKAN
PERCUMA, ia bermaksud PENDIDIKAN
TIDAK PERCUMA.


Tanyalah mana-mana ibu bapa yang ada
anak di sekolah. Mana ada pendidikan
'free'. Bagi seorang anak, kos ke
sekolah rendah pada penggal baru
lalu adalah antara RM100-RM300. Anak
sekolah menengah pula (asrama)
kosnya antara RM500-RM1,000. Betul
buku teks adalah 'free', tetapi
janganlah berbohong menyatakan
pendidikan 'free'.


Dacing memang suka cakap 'reverse'.
Katanya jangan berpolitik di
bangunan sekolah, masjid dan tempat
awam lain. Tetapi dia buat. Katanya,
jangan hasut rakyat, dia yang
mempropaganda rakyat. Mana tidaknya,
buka saja radio atau TV, akan
terdengarlah dakyah
murahan..."Kerajaan dacing telah
buat itu, telah buat ini...kejayaan
sana, kejayaan sini...cemerlang,
gemilang, terbilang..."


Kalau dacing telah buat semuanya,
orang lain selama ini buat apa?
Selepas itu dibilang pula,
"pembangkang huru-hara...rakyat
tidak selamat...bla,bla."
Demikiannya kerja dacing siang dan
malam. Petugas penyiaran, wartawan
yang mengaku beriman, tidak takut
dosakah berbohong menyatakan dacing
baik-baik saja?


Akhir sekali dengarlah nasihat
terakhir yang terbaik mengenai hal
ehwal dacing ini. Dacing dunia ini
lazimlah sifatnya tidak dapat
diadili. Kuasa, pangkat dan duit
boleh membeli dunia ini. Bolehlah
masuk bakul (dacing), angkat
sendiri. Tetapi semua mahu ingat ada
satu lagi dacing yang timbangannya
MAHA TEPAT. Itulah dacing akhirat.
Ketika diadili dacing ini, TIDAK
BOLEH LAGI MASUK BAKUL (DACING)
ANGKAT SENDIRI!


Ingatlah masa manusia itu hanya ada
tiga - SEMALAM, HARI INI dan ESOK.
Semalam adalah sejarah. Hari ini
buatlah kebaikan sebanyak mungkin.
Esok (termasuk tanggal 8 Mac) belum
tentu. Entah-entah esok sudah berada
di alam barzakh. Jadi usahlah
difikirkan sangat dacing di dunia
ini, fikirkanlah dacing di sana.
Itulah jalan selamat di dunia dan
akhirat........... Rolling Eyes

Monday, March 10, 2008

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan


Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

· Blok A18

· Blok B17 & C19

· PM3

· Sub-Blok Ular

· PM301 & PM302

· PM303

· PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat

Carigali HESS.

· Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

· Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

· Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

· Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.



Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk

rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan

Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

· Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak


sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.

· PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

· Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010

· Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.

· Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012

· Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008


Friday, March 7, 2008

Tuesday, March 4, 2008

Pemerintah Yang Adil dan Pemerintah yang Rosak

Adil bagi pemerintah tidak sama dengan pengertian adil di sudut sudut yang lain yang umumnya bermaksud menaruh hak kepada yang hak.Pengertian ini tidak cukup luas untuk mencakupi seluruh bidang dan gelanggang pemerintahan bagi sesebuah Negara.Adil bagi pemerintah ialah menjalankan hukum hukum Allah pada sebarang tindak tanduk, pembangunan, percakapan dan hukuman (kepada pesalah).Keadilan itu terbahagi kepada beberapa bahagian saperti berikut:

  1. Menjalankan aktiviti dalam semua tindak tanduk dan dalam semua sistem hidup saperti pendidikan, ekonomi, kesihatan, pertanian, pentadbiran, dan lain lain, selaras dengan syariat Islam.
  2. Mendidik insan (Rakyat) supaya menjadi hamba dan khalifah Allah serta meletakkan mereka tepat pada tempat yang sesuai dengan kebolehan, kemampuan dan peranan masing masing serta memberi peluang untuk mereka menyumbangkan kreativiti mereka asalkan tidak melanggar syariat.
  3. Menjalankan hukum hukam Allah iaitu hukum hudud, qisas dan ta'zir dalam sebarang hukuman yang hendak dijatuhkan kepada pesalah
  4. Sebarang tindakan dan hukuman Allah itu hendaklah dijalankan terhadap sesiapa sahaja dan kepada semua golongan tanpa pengecualian termasuk menteri menteri, raja raja dan para hakim serta kadhi sendiri.
  5. Membahagi bahagikan harta benda dan kekayaan Negara dan kemudahan untuk Rakyat dengan tepat mengikut keperluan dan tanggung jawab mereka, tanpa salah guna, pembaziran dan penggunaan sia sia.
  6. Diri peribadi pemerintah dan pemimipin pemimpin lain selaku warganegara, tidak boleh terkeluar atau terkecuali dari langkah langkah atau hukum hakam keadilan yang telah digariskan dalam Negara.Pemerintah dan pemimpin pemimpin bukan golongan istimewa terhadap tuntutan hukum hakam Allah. Semua orang sama sahaja di sisi Allah sekali pun dia seorang raja, presiden atau perdana menteri.Kalau bersalah, mesti dihukum.Kalau tidak bersalah, mesti dilepaskan dari hukuman.

Pemerintah umpama ayah terhadap Rakyat.Ayah tidak pernah menuntut apa apa setelah membesarkan anak anak.Demikian juga pemerintah tidak mencari untung dan tidak mengungkit ungkit jasa mereka dalam menjalankan tanggungjawab kepada Rakyat.

Pemerintah atau pemimpin yang cacat atau rosak ialah pemimpin yang mempunyai peribadi yang jahat.Mereka tidak beriman dan bertaqwa atau lemah iman.Akhlak mereka buruk sekali.Mereka sombong, takabur dan angkuh dengan Rakyat.Mereka bakhil, tamak, kasar, pemarah, hasad, dengki dan pendendam.

Mereka memimpin bukan untuk membangunkan Negara atau Rakyat, tetapi untuk hidup bermewah mewah dan membazirkan wang Negara.Rakyat yang tidak menyokong mereka ditindas dan di zalimi.Mereka menyalahgunakan kuasa sewenang wenangnya.Lagi cerdik mereka ini lagi hebat kejahatan yang mereka lakukan.Lagi kuat jiwa mereka lagi biadap mereka dengan Allah.

Dengan pemimpin saperti ini, akan berlaku huru hara dalam Negara.Pemerintah sama pemerintah bersengketa kerana perebutan harta dan kuasa.Para pengampu dan penjilat akan menghasut pemerintah bertindak terhadap penentang penentang supaya mereka mendapat upah dan habuan serta kedudukan yang istimewa.Akan timbul kegelisahan dan ketegangan dalam Negara.Akan berlaku bermacam macam bala dan bencana dalam Negara. Setiap hati Rakyat merasa benci dan mahukan pertukaran pemerintahn kerana pemerintah yang ada sudah hilang wibawa dan keberkatan.

Fakta ringkas tentang minyak..

Saya tak berapa setuju dengan 2 alasan tentang minyak :-

1) Harga minyak di negara kita masih murah jika dibandingkan dgn negara2 jiran

2) Negara akan bankrap sekiranya harga minyak diturunkan

Alasan 1

Kita tak bolehlah nak bandingkan harga minyak negara kita iaitu negara eksport/pengeluar minyak dgn negara jiran iaitu negara import minyak spt singapura,thailand dll sebab perbandingan tersebut tak adil, lebih adil kalau kita bandingkan harga minyak kita dgn harga minyak negara eksport minyak lain seperti brunai, arab saudi iran dll.

Cth mudah :-

i) Harga buah Durian di negara Jepun tak bolehlah nak dibandingkan dgn negara kita sebab semestinya harga buah durian di Jepun lebih mahal jika dibandingkan dengan harga buah durian di Negara kita, lebih adil kalau harga buah durian di Jepun dibuat perbandingan dengan harga buah durian di Korea dan harga buah durian negara kita dibandingkan dengan negara Thailand....

ii)Walaupun harga minyak di singapura 1 liter = RM 4 lebih..tapi harga tersebut masih tidak membebankan rakyatnya sebab gaji penduduk di Singapura adalah 5 kali ganda daripada negara kita...

Alasan 2

Adakah negara kita akan bankrap sekiranya harga minyak diturunkan?? ...saya tak berapa faham dgn alasan tersebut...adakah sumber pendapatan negara kita hanya bergantung 100% dengan hasil minyak??..Bagaimana negara lain yang tak ada langsung minyak tapi boleh pulak menjana ekonomi negara masing2 dan bagaimana pulak sekiranya sumber minyak kita habis satu hari nanti.....


P/s : Gunalah alasan2 yang boleh diterima di setiap peringkat, bukannya alasan2 yang hanya sesuai utk pakcik makcik, datuk nenek yang berada di kampung...

Fakta ringkas tentang minyak..

Saya tak berapa setuju dengan 2 alasan tentang minyak :-

1) Harga minyak di negara kita masih murah jika dibandingkan dgn negara2 jiran

2) Negara akan bankrap sekiranya harga minyak diturunkan

Alasan 1

Kita tak bolehlah nak bandingkan harga minyak negara kita iaitu negara eksport/pengeluar minyak dgn negara jiran iaitu negara import minyak spt singapura,thailand dll sebab perbandingan tersebut tak adil, lebih adil kalau kita bandingkan harga minyak kita dgn harga minyak negara eksport minyak lain seperti brunai, arab saudi iran dll.

Cth mudah :-

i) Harga buah Durian di negara Jepun tak bolehlah nak dibandingkan dgn negara kita sebab semestinya harga buah durian di Jepun lebih mahal jika dibandingkan dengan harga buah durian di Negara kita, lebih adil kalau harga buah durian di Jepun dibuat perbandingan dengan harga buah durian di Korea dan harga buah durian negara kita dibandingkan dengan negara Thailand....

ii)Walaupun harga minyak di singapura 1 liter = RM 4 lebih..tapi harga tersebut masih tidak membebankan rakyatnya sebab gaji penduduk di Singapura adalah 5 kali ganda daripada negara kita...

Alasan 2

Adakah negara kita akan bankrap sekiranya harga minyak diturunkan?? ...saya tak berapa faham dgn alasan tersebut...adakah sumber pendapatan negara kita hanya bergantung 100% dengan hasil minyak??..Bagaimana negara lain yang tak ada langsung minyak tapi boleh pulak menjana ekonomi negara masing2 dan bagaimana pulak sekiranya sumber minyak kita habis satu hari nanti.....


P/s : Gunalah alasan2 yang boleh diterima di setiap peringkat, bukannya alasan2 yang hanya sesuai utk pakcik makcik, datuk nenek yang berada di kampung...